Home Buletin Semasa WANITA SERTAI LARIAN SELEPAS BERSALIN TAHUN LALU

WANITA SERTAI LARIAN SELEPAS BERSALIN TAHUN LALU

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: “Ini merupakan larian pertama saya selepas bersalin hujung tahun lalu,” itu kata seorang wanita yang menyertai larian pada Hari Sukan Negara peringkat Negeri Kelantan 2024, di Aeon Mall Kota Bharu, semalam.

Syamimi Kamil, 37 yang kini bekerja di Jabatan Rekod Hospital Raja Perempuan Zainab(HRPZ) ||, ingin kembali mengaktifkan diri selepas bersalin anak ketiga memandangkan dia seorang yang aktif bersukan.

“Sebelum ini, memang saya aktif tapi selepas berusia dan melahirkan anak, saya berhenti sekejap daripada bersukan.

“Jadi ini peluang saya sertai larian untuk kesihatan diri memandangkan sudah terbiasa bekerja di dalam penghawa dingin di hospital, apa salahnya saya berlari untuk keluarkan peluh,” katanya kepada pemberita selepas tamat larian di Aeon Mall, di sini, semalam.

Katanya, beliau bersama rakannya Farah Nadia, 37 terus komited menyokong pihak HRPZ terutamanya dalam aktiviti sukan.

“Larian sejauh 3.5kilometer (km) ini memang boleh menguatkan stamina saya.

“Selain itu, saya terus rasa bersemangat apabila melihat ramai dari kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur yang sukakan aktiviti sukan ini,” katanya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here