Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PENGKALAN KUBOR: Batalion (BN) 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara merampas lebih 41,000 kilogram (kg) buah kelapa bernilai RM205,000, di Sekatan Jalan Raya Neting, di sini, pada Sabtu.
Menurut ciapan Facebooknya, tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA pada jam lebih kurang 10.15 malam apabila menahan sebuah treler yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah treler jenis Volvo mendapati buah kelapa itu ditemui di belakang treler tersebut tanpa dokumen yang sah.
Suspek seorang lelaki melayu berumur 33 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup buah kelapa tersebut ke negara jiran.

Kes disiasat di bawah Peraturan 4(2)(b) Akta Fama 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
IMedikel TV






