Home Hiburan RUGI RM2.2J DEK ‘SCAMMER’

RUGI RM2.2J DEK ‘SCAMMER’

160
0

ANNYEONGHASEYO! Siapa sangka, penyanyi yang juga anggota INFINITE iaitu Dong Woo menyimpan rahsia duka sepanjang bergelar anak seni. Dia menjadi mangsa skim penipuan wang beberapa kali dan mengalami kerugian besar.

Itulah pendedahan mengejutkan mengenai Dong Woo yang dibongkar menerusi program I’m All Grown Up, But Not Leaving terbitan MBC Every1. Rupanya ada sisi ‘gelap’ juga dalam hidupnya.

Kerugian dialaminya mencecah hampir RM2.2 juta jika terkumpul. Lebih mengejutkan adalah bagaimana dia menjadi mangsa penipuan sedangkan penyanyi itu seorang yang berjimat cermat.

“Saya seorang ‘kangaroo’ berusia 33 tahun dan kos hidup bulanan saya adalah sekitar RM5,600,” katanya menerusi sedutan rancangan itu.

Kangaroo adalah terma untuk orang dewasa yang masih tinggal bersama ibu bapa.

Menerusi sedutan episod akan datang pula, Dong Woo dilihat bermanja dengan ibunya yang mengalami masalah penghadaman. Penyanyi itu mengurut-urut tangannya.

Ibunya sempat berseloroh menyuruh anaknya berusaha lebih dalam hidupnya. Tapi paling mengejutkan apabila ibunya selamba mendedahkan mengenai anaknya itu sering ditipu.

“Kamu kan sangat cermat dengan hal-hal kecil sekalipun. Jadi bagaimana kamu boleh berakhir menjadi mangsa ‘scam’ sampai juta-juta?” katanya sekali gus menjadi topik perbualan penonton.

Dong Woo kemudian berterus-terang bahawa itulah juga antara punca kenapa dirinya masih tinggal sebumbung bersama ibu bapanya.

“Saya menjadi mangsa pelbagai jenis penipuan. Saya kerugian hampir RM2.2 juta,” katanya yang turut menjelaskan kerugian akibat ditipu berlaku sejak dia mula menceburi bidang seni.

Namun begitu, rancangan terbabit bakal merungkai banyak lagi sisi hidup penyanyi rap utama dan penari INFINITE itu. Penonton bakal melihat sendiri karakter yang jarang terlihat di acara glamor. – HMetro Online –

IMedikel TVANNYEONGHASEYO! Siapa sangka, penyanyi yang juga anggota INFINITE iaitu Dong Woo menyimpan rahsia duka sepanjang bergelar anak seni. Dia menjadi mangsa skim penipuan wang beberapa kali dan mengalami kerugian besar.

Itulah pendedahan mengejutkan mengenai Dong Woo yang dibongkar menerusi program I’m All Grown Up, But Not Leaving terbitan MBC Every1. Rupanya ada sisi ‘gelap’ juga dalam hidupnya.

Kerugian dialaminya mencecah hampir RM2.2 juta jika terkumpul. Lebih mengejutkan adalah bagaimana dia menjadi mangsa penipuan sedangkan penyanyi itu seorang yang berjimat cermat.

“Saya seorang ‘kangaroo’ berusia 33 tahun dan kos hidup bulanan saya adalah sekitar RM5,600,” katanya menerusi sedutan rancangan itu.

Kangaroo adalah terma untuk orang dewasa yang masih tinggal bersama ibu bapa.

Menerusi sedutan episod akan datang pula, Dong Woo dilihat bermanja dengan ibunya yang mengalami masalah penghadaman. Penyanyi itu mengurut-urut tangannya.

Ibunya sempat berseloroh menyuruh anaknya berusaha lebih dalam hidupnya. Tapi paling mengejutkan apabila ibunya selamba mendedahkan mengenai anaknya itu sering ditipu.

“Kamu kan sangat cermat dengan hal-hal kecil sekalipun. Jadi bagaimana kamu boleh berakhir menjadi mangsa ‘scam’ sampai juta-juta?” katanya sekali gus menjadi topik perbualan penonton.

Dong Woo kemudian berterus-terang bahawa itulah juga antara punca kenapa dirinya masih tinggal sebumbung bersama ibu bapanya.

“Saya menjadi mangsa pelbagai jenis penipuan. Saya kerugian hampir RM2.2 juta,” katanya yang turut menjelaskan kerugian akibat ditipu berlaku sejak dia mula menceburi bidang seni.

Namun begitu, rancangan terbabit bakal merungkai banyak lagi sisi hidup penyanyi rap utama dan penari INFINITE itu. Penonton bakal melihat sendiri karakter yang jarang terlihat di acara glamor. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here