Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PENGKALAN KUBOR: Seorang lelaki ditahan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak petrol ke negara jiran, pada Rabu.
Menurut ciapan Facebook Bridged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Jalan Pengkalan Kubor, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Iswara mendapati anggaran lebih 85 liter minyak petrol ditemui di dalam tangki kereta yang telah diubah suai.

Anggaran nilai rampasan kenderaan bernilai RM9,000.00 dan minyak petrol bernilai RM174.25.
Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






