Home Luar Negara TAUFAN MILTON: ZOO TAMPA ‘SOROK’ HAIWAN DI TEMPAT SELAMAT

TAUFAN MILTON: ZOO TAMPA ‘SOROK’ HAIWAN DI TEMPAT SELAMAT

229
0

Tampa: Zoo Tampa di Florida membuat pelbagai persiapan awal termasuk menyediakan ruang tertutup bagi menempatkan lebih 1,000 haiwan ketika berdepan dengan Taufan Milton yang melanda Amerika Syarikat.

Pengarah Kanan Program Haiwan, Zoo Tampa, Tiffany Burns berkata, biarpun dikategorikan dalam zon pemindahan diwajibkan kerajaan, haiwan itu tidak akan meninggalkan hartanah seluas 28 hektar terbabit.

Katanya, segelintir haiwan perlu berkongsi kandang tertutup atau diletakkan di dalam peti yang diletakkan antara barisan bangunan.

“Beberapa haiwan akan kekal di habitat mereka. Buaya kebanyakannya hanya akan tidur sebentar di dasar kolam, ia tidak terpengaruh dengan Taufan Milton.

“Tiada apa-apa yang mengganggu (haiwan itu),” kata Burns walaupun Taufan Milton digambarkan peramal cuaca sebagai bencana dan ribut yang boleh membawa maut.

Beliau berkata, tidak perlu memasukkan haiwan ke dalam treler dan mengangkutnya ke zoo atau tempat perlindungan lain.

“Kami sudah buat semua persiapan menghadapi taufan itu, malah penjaga zoo selesai mengawal semua haiwan pada Selasa.

“Pasukan kami sedaya upaya untuk meminimumkan kesan taufan itu kerana tindak balas setiap haiwan berbeza.

“Zoo dibekalkan dengan penjana dan bahan api, bersama dengan makanan tambahan dan bekalan untuk semua haiwan sekiranya zoo terputus bekalan,” katanya.

Katanya, keyakinan beliau disokong apabila Zoo itu tidak mengalami kerosakan semasa Taufan Helene, yang melanda sepanjang Pantai Teluk Florida, kira-kira dua minggu lalu.

“Sepanjang pengetahuan saya, zoo ini tidak pernah mendapat kesan langsung sejak ia beroperasi pada tahun 1930-an,” katanya.

Peramal cuaca berkata, Taufan Milton boleh mendarat terus ke Teluk Tampa, hanya beberapa kilometer dari zoo di Lowry Park itu, yang terletak di utara pusat bandar Tampa. – REUTERS, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here