Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kerjaya sebagai jurumekap atau lebih sinonim dengan makeup artist (MUA) adalah salah satu kerjaya yang menguntungkan.
Nor Farahin Mohd Rukman, 32, dari Kota Bharu, berkata namun persaingan dalam kerjaya tersebut membimbangkan dengan kehadiran orang baru (newbie) dalam bidang tersebut.

“Kalau nak diikutkan perkembangan industri mekap dulu dan sekarang adalah sangat berbeza. Bilangan MUA tidak terlalu ramai, namun sekarang terlalu ramai.
“Sangat banyak persaingan daripada segi harga dan perkhidmatan. Dan disebabkan itu, kebanyakan MUA kena bina personal branding masing-masing,”katanya.
Menurut Farah jika MUA sudah mempunyai personal branding, mereka boleh “pegang harga” atau boleh meletakkan harga untuk pelanggan membuat bayaran ke atas perkhidmatan mereka.
“Tanpa personal branding, orang baru (newbie) akan main harga. Sebagai contoh mereka tawarkan harga serendah RM50.
“Tetapi, pelanggan tidak boleh bandingkan harga MUA yang sudah berpengalaman lama dalam bidang ini,”katanya.

Tambah Farah, dalam tempoh 10 tahun dalam bidang solekan, Farah sudah bekerjasama dengan pengasas-pengasas produk kecantikan untuk mengembangkan lagi kerjayanya.
IMedikel TV






