Home Luar Negara NENEK JELITA CURI PERHATIAN NETIZEN

NENEK JELITA CURI PERHATIAN NETIZEN

161
0

Beijing: Seorang wanita di China, baru-baru ini, meraih perhatian ramai selepas tampil menawan dan awet muda biarpun sudah memiliki cucu.

Kecantikan dan penampilan nenek dari Tianjin itu diperkatakan ramai pada minggu lalu, selepas memuat naik klip pendek dirinya bersama cucu perempuannya.

Wanita yang memilih untuk tidak dikenali berkata, dia terkejut dan tidak sangka dengan perhatian video pendeknya di Weibo dan rangkaian sosial lain.

Katanya, dia hanya mahu berkongsi mengenai cucu kesayangannya.

“Saya tidak pernah membayangkan penampilan saya akan mencetuskan heboh dalam talian.

“Saya berusia 40-an dan usia anak perempuan saya sangat muda.

“Jadi ini membolehkan saya menjadi nenek pada usia ketika ramai wanita hari ini hanya mula mempertimbangkan untuk memiliki bayi,” katanya.

Ditanya bagaimana dia menjaga penampilan dirinya, nenek muda itu berkata, dia tidak melakukan apa-apa di luar kebiasaan, selain hanya menjaga kulit dengan sangat baik, bersenam secara tetap dan mengamalkan diet seimbang.

“Gaya pemakaian saya membuatkan saya kelihatan lebih muda daripada usia sebenar,” katanya. – AGENSI, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here