Home Sukan HAMILTON MAMPU PACU FERRARI

HAMILTON MAMPU PACU FERRARI

179
0

London: Lewis Hamilton dijangka membawa perubahan positif apabila menyertai Ferrari di Formula Satu (F1) 2025.

Menurut bekas jurutera F1 Rob Smedley, dia yakin kedatangan Hamilton ke Ferrari bakal mengubah nasib pasukan itu.

Juara dunia tujuh kali itu melengkapkan perpindahan mega ke Ferrari musim depan selepas meninggalkan Mercedes.

Smedley yang bekerja di Ferrari antara 2004 dan 2013 yakin pasukan Itali mampu meningkatkan prestasi mereka sebaik Hamilton menyertai mereka.

“Saya sangat optimis apabila Lewis berada di sana. Dia akan membawa perubahan positif kepada pasukan baharunya,” kata Smedley semalam.

“Saya fikir pasukan akan menyanjunginya. Jika anda ke sana dengan reputasi cemerlang, sudah tentu pasukan akan memberikan yang terbaik untuk dia kembali menaikkan prestasi Ferrari.”

“Jika juara dunia tujuh kali memilih pasukan anda, sudah tentu ia satu penghormatan dan jika semua orang bekerjasama, saya yakin Ferrari akan kembali gemilang,” katanya lagi. – AGENSI, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here