BEIJING: Tiga orang maut, manakala 15 lagi cedera ditikam individu bersenjatakan pisau di sebuah pasar raya di Shanghai pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua yang dikendalikan kerajaan.
Mangsa segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan, menurut Xinhua pada Selasa, tetapi tiga individu disahkan meninggal dunia.
Penyerang, lelaki berusia 37 tahun bernama Lin, ditahan polis.
Polis menerima laporan kejadian itu pada 9.47 malam waktu tempatan, kata Xinhua.
Siasatan sedang dijalankan.
Insiden tikam di tempatan awam meningkat selama bertahun-tahun di China, dengan pihak berkuasa sering meletakkan kesalahan pada penyakit mental.
Bulan lalu, seorang pelajar Jepun berusia 10 tahun maut ditikam oleh penyerang beberapa meter dari sekolahnya di bandar Shenzhen di selatan China.
Jun lalu, serangan pisau atas dua warga Jepun dilaporkan di Suzhou, sebuah bandar utama di timur China. – REUTERS, HMetro –
IMedikel TV






