Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Bagi pengembara yang sering mengembara di negara yang terdapat kes penularan Mpox, perlu memainkan peranan yang penting bagi mencegah penularan penyakit tersebut.
Mereka perlu mengetahui tips atau langkah-langkah untuk mencegah penularan penyakit cacar monyet itu agar tidak djangkiti.
Selalunya, tanpa disedari, ia boleh dijangkiti melalui sentuhan, titisan pernafasan dan sentuhan permukaan objek.
Oleh sebab itu, sangat penting bagi mereka sebelum memulakan perjalanan perlu menyemak lokasi yang hendak dituju sama ada bebas daripada Mpox atau tidak.
Sekiranya berada di negeri tersebut, mereka perlu menjarakkan dan mengelakkan sentuhan secara langsung dengan individu bergejala serta kerap mencuci tangan menggunakan hand sanitizer.
Apabila tiba di Malaysia, mereka perlu segera membuat pemantauan kendiri bagi gejala Mpox selama 21 hari.
Namun sekiranya ada antara mereka yang bergejala, mereka perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Selain itu, pengembara tersebut juga digalakkan untuk memaklumkan sejarah perjalanan terkini serta aktiviti berisiko jangkitan Mpox yang dilakukan.
IMedikel TV






