Home Buletin Semasa BN 7 PGA RAMPAS BARANGAN RUNCIT

BN 7 PGA RAMPAS BARANGAN RUNCIT

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Batalion BN 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan barang runcit bernilai RM 1,440 yang dikesan di kawasan pengkalan haram Pasir Rantau Panjang, di sini.

Menurut ciapan di Facebooknya, rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 7 PGA pada jam lebih kurang 1.00 tengah hari apabila ternampak beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram semasa membuat rondaan Op Taring WAWASAN, di sini.

Semasa anggota BN 7 PGA tiba di pengkalan haram tersebut, semua suspek telah melarikan diri. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak barang runcit ditemui di kawasan pengkalan haram tersebut.

Barang runcit tersebut dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here