Home Sukan GABBIA TAMATKAN DERITA AC MILAN

GABBIA TAMATKAN DERITA AC MILAN

MILAN: Matteo Gabbia memacu kemenangan lewat 2-1 AC Milan ke atas Inter Milan pada pertembungan ‘Derby della Madonnina’ awal pagi tadi dengan tandukan kencang manakala AS Roma membenam Udinese 3-0 ketika peminat membantah pemecatan mengejut jurulatih Daniele De Rossi.

Pemain pertahanan Gabbia melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan percuma Tijjani Reijnders pada minit ke-89 sekali gus memberikan Milan kemenangan kedua dalam Serie A selepas permulaan hambar.

Pasukan kendalian Paulo Fonseca menyertai Inter dengan lapan mata di tangga ketujuh terima kasih kepada jaringan lewat Gabbia, yang hadir selepas Federico Dimarco memadam gol individu cemerlang Christian Pulisic pada minit ke-10.

“Mereka bermain dengan penuh keberanian hari ini dan saya fikir kami berhak menang, saya tidak ingat pasukan lain yang mencetus terlalu banyak masalah buat Inter seperti yang kami lakukan hari ini,” kata Fonseca kepada DAZN.

Kemenangan Milan mengakhiri rekod enam kemenangan berturut-turut Inter dalam pertembungan ‘derby’ itu sekali gus menyekat musuh mereka daripada merampas semula tangga teratas Serie A menerusi perbezaan gol di depan pendahulu mengejut Torino.

“Mereka pasukan yang bagus malam ini, kami tidak beraksi sebagai satu pasukan dan ia bukannya sesuatu yang anda biasa perkatakan mengenai kami,” kata jurulatih Inter, Simone Inzaghi.

Milan dicemuh dan diherdik di luar padang selepas tumpas di tangan Liverpool minggu lalu tetapi peminat kembali memberikan sokongan selepas satu persembahan mantap sebagai pasukan pelawat di San Siro.

Sementara itu, gol sumbangan Artem Dovbyk, Paulo Dybala dan Tommaso Baldanzi memberikan Roma kemenangan pertama mereka musim ini menentang Udinese yang muncul pendahulu mengejut sebelum ini tetapi kini merudum ke tangga ketiga, satu mata di belakang Torino. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here