Home Luar Negara ANONYMOUS 64 ‘SERANG’ CHINA, HONG KONG, MACAU

ANONYMOUS 64 ‘SERANG’ CHINA, HONG KONG, MACAU

123
0

Beijing: Kumpulan penggodam Taiwan digelar Anonymous 64 melakukan serangan siber terhadap sasaran di tanah besar China, Hong Kong dan Macau, kata Kementerian Keselamatan Negara China pada Isnin sambil menggesa netizen melaporkan kes ‘sabotaj anti-propaganda’ itu.

Sejak awal tahun ini, Anonymous 64 yang didakwa milik sayap perang siber Taiwan oleh kementerian itu sudah berusaha untuk memuat naik dan menyiarkan ‘kandungan yang memburukkan sistem politik dan dasar utama tanah besar’ di laman web, skrin luar dan rangkaian stesen TV, katanya dalam catatan blog.

Taiwan kerap menuduh kumpulan China cuba menyebarkan maklumat salah dalam talian atau melakukan serangan siber di seluruh pulau yang ditadbir secara demokrasi.

China menuntut kedaulatan ke atas Taiwan dan sudah meningkatkan tekanan ketenteraan serta politik sejak lima tahun lalu untuk menegaskan tuntutannya.

Akaun X kumpulan penggodam itu berkata, ia ditubuhkan pada Jun 2023 dan menunjukkan tangkap layar usaha untuk menyiarkan video yang menyamakan Presiden China Xi Jinping dengan seorang maharaja, menandakan ulang tahun kedua bantahan terhadap sekatan ketat Covid-19 Beijing dan memperingati demonstrasi Dataran Tiananmen 1989.

Satu video ialah alamat daripada ahli Anonymous 64 yang memakai topeng Guy Fawkes kumpulan penggodam Anonymous dalam gaya novel grafik dan filem ‘V for Vendetta’.

Namun Kementerian Keselamatan China sama ada menerusi laman X atau catatan blog tidak menyatakan sama ada Anonymous 64 mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan penggodam antarabangsa itu.

Majlis Hal Ehwal Tanah Besar Taiwan bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen segera berhubung perkara berkenaan.

Reuters belum dapat mengesahkan di mana kumpulan itu berpangkalan atau sama ada mereka benar-benar melakukan serangan penggodaman yang mereka dakwa.

Dalam catatan blog yang diterbitkan pada akaun WeChat rasminya, platform media sosial paling popular di China, kementerian keselamatan negara berkata siasatannya terhadap kumpulan itu mendapati banyak laman web yang didakwa diakses oleh Anonymous 64 adalah palsu atau tidak mempunyai trafik.

Siarannya menunjukkan ia sudah menyusup ke banyak laman web universiti dan media juga telah diphotoshop.

Kementerian keselamatan menerbitkan tangkap layar akaun X kumpulan itu dengan teks yang banyak disunting.

Katanya, mereka juga sudah membuka kes terhadap tiga anggota sayap perang siber Taiwan.

“Kami meminta netizen tidak mempercayai atau menyebarkan khabar angin dan segera melaporkan serangan siber atau kes aktiviti anti-propaganda kepada pihak berkuasa keselamatan negara,” kata catatan blog itu. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here