Home Buletin Semasa BN 8 PGA KELANTAN RAMPAS BERAS

BN 8 PGA KELANTAN RAMPAS BERAS

131
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JERAM PERDAH: BN 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan kegiatan penyeludupan beras yang dikesan di kawasan pengkalan haram Tanjung Baru Meranti Jeram Perdah, di sini, pada Jumaat.

Menurut ciapan di Facebooknya, beras itu dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 1,536 dan kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras. Hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

Rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 8 PGA pada jam lebih kurang 7.00 pagi itu apabila ternampak beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN.

Ketika anggota BN 8 PGA tiba di pengkalan haram tersebut, semua suspek telah melarikan diri. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa guni beras anggaran 300 kilogram (kg) ditemui di kawasan pengkalan haram tersebut.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here