Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seorang jururawat ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga selasa depan bagi membantu siasatan berhubung kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 30 hari, kelmarin.
Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, media melaporkan bayi tersebut meninggal dunia selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu.
Bayi tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.30 pagi semasa dibawa untuk menerima rawatan di Kota Bharu Medical Centre (KBMC).
Menuut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini kira-kira jam 8.24 pagi, semalam.
IMedikel TV






