SINTOK: Skuad futsal lelaki Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya mengulangi kecemerlangan apabila mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024 di Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam.
UiTM gah membenam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 5-0 pada final di Arena Sukan UUM.
Manakala pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat, KTPM Bangi mengalahkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) juga 5-0.
Ketua jurulatih UiTM, Addy Shairullyzam Mohd Shafie berkata beliau bersyukur dan amat berpuas hati dengan kemenangan yang diperoleh pasukannya, walaupun terpaksa menempuh kepenatan selepas mengharungi perlawanan separuh akhir pada sebelah pagi. – HMetro Online –
IMedikel TV






