Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kira-kira 240 peserta menyertai pertandingan mewarna mengikut kategori yang sudah didaftarkan.
Kategori A (5 tahun hingga 6 tahun), kategori B (7 tahun hingga 9 tahun) dan kategori C (10 tahun hingga 12 tahun).

Pertandingan mewarna di bawah Program Semarak Jiwa Merdeka berlangsung selama dua hari di Perkarangan Parkir AEON Mall, di sini, hari ini.
Pertandingan tersebut anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dan IMedikel.

Hadiah kepada pemenang ditaja oleh BAAITS.
IMedikel TV






