Home Buletin Semasa HIASAN PULUT KUNING BERTEMAKAN KEMERDEKAAN

HIASAN PULUT KUNING BERTEMAKAN KEMERDEKAAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: “Saya tidak sangka akan menjadi juara meskipun ini kali pertama saya hasilkan pulut kuning bertemakan bunga raya,” kata Sharoza Mohd Sabuddin, 53 yang berasal dari Binjai, di sini.

Menurut Sharoza, dia mendapat ilham untuk menghasilkan pulut tersebut sejak tiga hari lalu.

“Saya menggunakan ubi bib, cendawan kecil dan kobis untuk hiasan pulut kuning tersebut.

“Proses menghasilkan pulut kuning dengan tema bunga raya ini agak sukar juga sebab ini adalah kali pertama saya menghasilkannya,” katanya kepada pemberita selepas Pertandingan Hiasan Pulut Kuning bertemakan Kemerdekaan, di Aeon Mall, di sini, hari ini.

Sharoza yang menjuarai pertandingan hiasan pulut kuning itu memenangi sebuah “Air Fryer”.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here