Home Buletin Semasa LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

173
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan menahan dua buah vesel nelayan tempatan (VNT) di perairan Kelantan dalam dua kejadian berasingan.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi dalam suatu kenyataan berkata, tangkapan masing-masing dilakukan oleh dua bot peronda milik agensi ini yang sedang melaksanakan rondaan dalam OP NAGA BARAT dan OP DAMAI dan OP TIRIS.

“Vesel pertama telah berjaya ditahan sekitar pukul 10.45 pagi pada 19 Ogos lalu di kedudukan lebih kurang 18.4 batu nautika ketika sedang bersauh manakala vesel kedua telah ditahan pada pukul 1.30 pagi hari ini ketika sedang leka mencandat sotong di kedudukan 28 batu nautika dari muara Tok Bali.

“Hasil pemeriksaan pada bot pertama mendapati tekong gagal mengemukakan lesen vesel berkenaan ketika diminta,”katanya dalam kenyataan semalam.

Manakala pemeriksaan pada bot kedua pula mendapati bot telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti mencandat sotong kurang daripada jarak yang dibenarkan iaitu di kawasan bawah 30 batu nautika dari daratan terhampir.

“Bot pertama menggunakan seorang kru warga Thailand berusia 60 tahun manakala bot kedua menggunakan tujuh orang kru termasuk tekong warga Vietnam berusia diantara 19 hingga 59 tahun.

“Kesemua kru termasuk tekong mempunyai dokumen pengenalan diri dan pas bekerja yang sah.

“Kedua-dua vesel kemudiannya diiringi ke jeti Maritim Negeri Kelantan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,”katanya dalam kenyataan semalam.

Kes akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana gagal mengemukakan buku lesen dan melanggar syarat sah lesen.

Maritim Malaysia menasihatkan kepada semua komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berada di laut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here