Home Sukan FAN YEW BOLOT RM33,000 PADA PENAMPILAN TERAKHIR SUKMA

FAN YEW BOLOT RM33,000 PADA PENAMPILAN TERAKHIR SUKMA

120
0

KUCHING: Pemain boling Sarawak, Tsen Fan Yew menamatkan karier di Sukan Malaysia (Sukma) dengan bergaya apabila meraih pingat emas kedua dalam acara Masters lelaki dan membawa pulang wang tunai RM15,000.

Anggota skuad remaja kebangsaan berusia 21 tahun itu berjaya mengekalkan ketenangannya untuk menewaskan Zuhair Zailani dari Pulau Pinang 2-1 (208-200, 202-212, 215-192) dalam perlawanan akhir satu permainan di Megalanes Sarawak di Batu Kawa.

Terdahulu di peringkat separuh akhir, Fan Yew menyingkirkan Aliff Haiqal Sahrul dari Johor dengan keputusan 2-1 (196-155, 201-203, 164-149).

Kemenangan terbaru itu menambah satu lagi koleksi pingat emas kepada Fan Yew, selepas kejayaannya dalam acara beregu campuran bersama Nur Hazirah Ramli.

Dengan pencapaian itu, Fan Yew akan membawa pulang keseluruhan RM33,000 dalam bentuk insentif tunai, termasuk RM3,000 untuk pingat gangsa dalam acara berpasukan lelaki.

Dalam acara Masters wanita, Anis Hannani Romzi dari Johor meraih gelaran juara selepas menewaskan Nur Anis Anisya Zaffli dengan keputusan 2-0 (254-197, 215-165).

Kemenangan Anis cukup bermakna kerana ia adalah satu-satunya pingat emas untuk Johor pada temasya kali ini.

Anis sebelum ini melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Adelia Nur Irwan Syazalee dari Selangor dengan keputusan 2-0 (204-155, 176-156). – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here