Home Segmen Kesihatan BEN AMIR PERJELAS BAWA ‘PENEMAN’ DALAM MISI TAWAN EVEREST

BEN AMIR PERJELAS BAWA ‘PENEMAN’ DALAM MISI TAWAN EVEREST

193
0

KUALA LUMPUR: “Anjing ini ikut jaga kami. Pastikan laluan selamat untuk kami,” kata pelakon Ben Amir ketika mengulas gambarnya memegang anjing hingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat yang menegurnya haram bersentuhan dengan haiwan berkenaan.

Menerusi hantaran di Insta Story miliknya, Ben berkata, anjing itu adalah haiwan yang menjaga perjalanannya sepanjang misi mendaki ke Everest Base Camp.

“Di sini ada ‘snow leopard’ kau tahu tak? Aku sayang sebab dia jaga kami. Kau sibuk nak haramkan macam tiada otak.

“Kepada yang tidak tahu apa itu ‘snow leopard’ kalau dia baham kau selamat jalanlah ke alam lain,” tulisnya.

Dalam perkongsiannya lagi, kata Ben, anjing itu menemani mereka sejak hari pertama pendakian.

“Anjing ini melindungi dan pastikan laluan selamat daripada haiwan pemangsa.

“Kalau anda tak suka anjing, kita tidak boleh berkawan,” tulisnya.

Pada masa sama, perkongsian Ben mengenai pendakiannya itu mendapat sokongan ramai peminat yang tidak sabar menantikannya sampai ke puncak gunung.

Terdahulu, Ben memuat naik gambar dirinya sampai di Lapangan Terbang Lukla, Nepal pada Ahad lalu dan kini dalam perjalanan mendaki ke Everest Base Camp. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here