Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Sebaik sahaja meningkat usia, tubuh badan akan menjadi lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.
Malahan, jangka waktu untuk sembuh juga lebih lama diperlukan termasuk mereka yang mengalami masalah katarak mata.
Katarak ialah suatu keadaan di mana kanta mata yang jernih menjadi kabur.
Ia terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat.
Justeru, ia juga menjadi punca utama kepada masalah kebutaan yang boleh dipulihkan namun katarak itu juga boleh dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit.
Tanda & gejala
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit katarak termasuk:
- Kabur penglihatan tanpa rasa sakit
- Silau (lampu kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang).
- Kerap menukar cermin mata.
- Penglihatan berganda pada sebelah mata.
- Rabun ayam (malam)
- Warna kelihatan pudar
Sehingga kini, tiada lagi kaedah yang diketahui untuk mencegah dari berlakunya katarak. Walaubagaimanapun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil.
Langkah-langkah yang mungkin dapat mengelakkan kejadian katarak.
- Pemakanan yang seimbang
- Senaman yang berkala (boleh menurunkan tahap gula dalam darah)
- Diabetes yang terkawal
- Lindungi mata dengan penggunaan cermin mata hitam yang mempunyai pelindung UV.
- Lindungi mata dengan alat pelindung mata apabila melakukan aktiviti bahaya.
Bagaimanapun, sekiranya hanya sedikit penglihatan terjejas, pembedahan tidak perlu dilakukan kerana dengan menukar cermin mata juga lebih baik buat sementara waktu,
Sekiranya melakukan pembedahan katarak, kanta mata yang berselaput dikeluarkan dari mata . kemudian akan digantikan dengan kanta implan intraokular (IOL) yang kekal.
IMedikel TV






