Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Makanan berminyak mungkin menjadi penyedap kepada sajian yang dihidangkan.
Namun, ketahuilah ianya sangat berbahaya malah menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan.
Bagaimanapun, menghindarinya memang agak sukar kerana orang ramai sudah terbiasa dengan makanan yang bergoreng.
Terdapat beberapa kesan negatif yang cenderung dihadapi oleh mereka yang selalu mengambil makanan yang tinggi minyak.
1.Gangguan sistem pencernaan: sistem pencernaan akan menjadi lebih berat unutk memecah makanan lama kelamaan ia mungkin menjadi kembung, mual atau sakit perut.
2. Peningkatan risiko penyakit jantung: Makan makanan berminyak secara berlebihan dapat meningkatkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, yang dapat menyebabkan penyakit jantung dan strok.
3.Mencetus pertumbuhan jerawat: makanan berminyak dapat mencetuskan masalah kulit seperti jerawat bagi sebagian orang.
4.Meningkatkan risiko diabetes: minyak dan kalori yang berlebihan dapat meningkatkan risiko resistensi insulin yang merupakan faktor utama dalam perkembangan diabetes jenis (2).
5.Kenaikan berat badan: minyak adalah sumber kalori yang sangat tinggi dan merupakan punca kepada peningkatan berat badan dan obesiti.
Namun, tidak semua minyak berbahaya kerana ada sahaja minyak yang bermanfaat kepada orang ramai seperti minyak zaitun dan minyak ikan.
IMedikel TV






