Home Segmen Kesihatan BERENANG BOLEH TINGKAT KESELAMATAN DIRI DALAM AIR

BERENANG BOLEH TINGKAT KESELAMATAN DIRI DALAM AIR

239
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Tidak semua orang mahir dalam aktiviti berenang kerana sukan itu memerlukan latihan fizikal secara berkala.

Bagaimanapun, berenang merupakan sukan dinamik yang boleh merehatkan minda dan membantu mengawal tekanan seseorang.

Sukan tersebu biasanya dikategorikan agak susah, tetapi sekiranya sering dilakukan ia akan menjadi lebih menarik apabila dapat berenang terutamanya di dalam kolam.

Ia sesuai dilakukan oleh pelbagai peringkat umur bermula seawal usia empat tahun.

Tahukah anda, berenang boleh merangsang sistem kardiovaskular pada badan disebabkan oleh otot-otot dan tulang rangka ditugaskan membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara anggota kaki dan tangan.

Lebih-lebih lagi, ayunan tangan terkawal yang boleh meningkatkan oksigen maksimum dengan menggunakan organ diafragma.

Pengambilan nafas panjang yang berulang kali semasa ayunan juga membuatkan kadar jantung menjadi selari dengan pernafasan dan menyebabkan pengeluaran endorfin iaitu hormon penenang semula jadi oleh otak.

Justeru, renang adalah berbeza daripada sukan lain kerana ia bagaikan dunia baru kepada tubuh manusia iaitu air.

Walaupun mungkin ia kelihatan agak terhad, sebenarnya banyak yang boleh diterokai menerusinya.

Sekiranya tahu berenang, anda akan berani berada di dalam air hingga membawa ke usia dewasa, atau mungkin juga seumur hidup.

Kemahiran renang tidak ternilai kerana boleh digunakan untuk menyelamatkan orang lemas.

Terdapat beberapa manfaat renang kepada orang ramai:

1.Kesihatan fizikal: membantu meningkatkan jantung dan paru-paru serta meningkatkan stamina dan kecergasan keseluruhan.

2.Kekuatan otot: renang melibatkan hampir kesemua otot utama dalam badan.

3.Penurunan berat badan: membakar kalori dengan berkesan dan membantu pengurangan lemak.

4.Fleksibiliti dan mobiliti: pergerakan dalam air meningkatkan fleksibiliti sendi dan mobiliti otot yang berguna bagi mereka yang mempunyai masalah sendi atau artritis.

5.Kesihatan mental: mengurangkan stress, kebimbangan dan kemurungan.

Oleh sebab itu, orang ramai perlu menjadikan sukan renang sebagai pilihan utama untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here