Home Buletin Semasa MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH MAHAL DAN TIDAK BERKHASIAT

MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH MAHAL DAN TIDAK BERKHASIAT

385
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Terdapat ibu bapa merungut tentang harga makanan di kantin sekolah anak-anak mereka.

Antaranya makanan agak mahal tetapi kuantitinya sedikit.

Ibu kepada dua orang anak, Zuhasnita, 35, berkata  mungkin juga kenaikan harga barang sedikit sebanyak menjejaskan harga makanan di kantin sekolah.

Zuhasnita berkata makanan di kantin agak mahal dan kuantiti sedikit.

“Anak saya tidak mengadu, tetapi kalau dalam group whatsapp ramai juga ibu bapa mengadu yang makanan di kantin sekolah mahal.

“Kuantitinya pula sedikit, tidak sesuai dengan harga yang dikenakan. Kalau harga donut dekat luar RM1, tetapi dekat kantin sekolah RM2, maksudnya donut tu kecil je, memang tidak sesuai dengan harga yang ditetapkan,”katanya.

Seorang lagi ibu, dikenali Norhayati, 41, berkata bukan sahaja makanan di kantin sekolah mahal malah makanan yang disediakan juga tidak berkhasiat.

“Apa yang saya tahu isu sekarang ni, memang makanan di kebanyakan kantin sekolah agak mahal.

“Sebelum ini saya beri wang saku bawah RM5, tetapi sekarang ni terpaksa naikkan kepada RM8.

“Makanan di kantin mahal satu masalah, tambah masalah lagi apabila pihak kantin menyediakan makanan yang kurang berkhasiat kepada pelajar

Katanya antara makanan tidak berkhasiat yang dijual di kantin sekolah adalah jajan, gula-gula dan pelbagai jenis makanan manis dan tidak berkhasiat.

“Sebagai ibu yang bekerja, saya agak kecewa kerana kita bergantung 100% kepada kantin untuk anak-anak membeli. Tetapi malangnya, mereka menjual makanan tidak berkhasiat.

“Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pelajar mengadu ayam yang dibeli berbau busuk serta berulat,”katanya.

Norhayati berharap pihak kantin sekolah cakna tentang kebersihan makanan untuk dijual kepada pelajar dan hentikan menjual makanan tidak berkhasiat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here