Home Segmen Kesihatan JAGA KEBERSIHAN TELINGA ANDA

JAGA KEBERSIHAN TELINGA ANDA

140
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Telinga adalah antara bahagian yang paling penting kepada kita semua tetapi tidak ramai dalam kalangan kita menitik beratkan soal kebersihan telinga.

Dan berkemungkinan tertanya-tanya sama ada tahi telinga perlu dibersihkan.

Tahi telinga mengalir keluar dari telinga secara semulajadi. Apa yang perlu anda lakukan adalah membersihkan tahi telinga menggunakan kain bersih. Pastikan kuku jari anda pendek untuk mencegah kecederaan pada kulit.

Terdapat dua fungsi telinga iaitu untuk pendengaran dan keseimbangan. Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik.

Telinga terdiri daripada tiga bahagian:

  • Telinga luar terdiri daripada pina dan salur telinga.
  • Telinga tengah terdiri daripada 3 tulang kecil yang dipanggil tukul, andas dan rakap.
  • Telinga dalam terdiri daripada koklea dan salur separuh bulat.

Cara membersihkan tahi telinga

Sel-sel dalam saluran telinga menghasilkan bahan melekit seperti lilin yang disebut tahi telinga (ear wax).

Tahi telinga mempunyai tiga tugas utama.

  • Ia melindungi dan melembapkan kulit salur telinga, serta mencegah telinga daripada menjadi kering dan gatal.
  • Ia mengandungi bahan kimia khas yang menentang jangkitan yang boleh merosakkan kulit salur telinga.
  • Ia bertindak sebagai perisai antara persekitaran luar dan gegendang telinga. Tahi telinga memerangkap debu, kotoran, dan benda-benda lain daripada memasuki telinga anda.

Anda mungkin tertanya-tanya sama ada tahi telinga perlu dibersihkan. Tahi telinga mengalir keluar dari telinga secara semulajadi. Apa yang perlu anda lakukan adalah membersihkan tahi telinga menggunakan kain bersih. Pastikan kuku jari anda pendek untuk mencegah kecederaan pada kulit

Jangan korek telinga dengan batang mancis, jarum, atau sebarang objek tajam. Mengorek telinga boleh menyebabkan luka pada kulit dan jangkitan penyakit.

Jangan guna putik kapas untuk membersih salur telinga. Mengorek telinga dengan putik kapas boleh menyebabkan tahi telinga ditolak jauh ke dalam salur telinga. Pendengaran akan berkurangan jika tahi telinga berkumpul dan menghalang gelombang bunyi daripada sampai ke gegendang telinga.

Jika telinga tersumbat, gunakan titisan minyak zaitun bagi melembutkan tahi telinga.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here