Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN RAMPAS 744KG GULA DAN 100 LITER PETROL

KPDN KELANTAN RAMPAS 744KG GULA DAN 100 LITER PETROL

168
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup(KPDN) Kelantan merampas 744 koligram (kg) gula dan 100 liter petrol dalam Ops Bersepadu KPDN, di sebuah stesen minyak di Kepulau palekbang, di sini, pada Selasa.

Dalam operasi tersebut seorang lelaki tempatan berusia 20-an telah ditangkap kira-kira jam 11.00 pagi, semalam.

Barang kes disita termasuk Proton Iswara berpendaftaran tempatan dengan tangki tambahan dan ubahsuai.

Nilai rampasan keseluruhan termasuk 100 liter minyak petrol adalah RM 5,205.00. Kesalahan yang dikenakan adalah mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Pada jam 8.30 malam hari yang sama, operasi yang melibatkan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor diteruskan di Pengkalan Haram Kg. Simpangan, menghasilkan dua kes lain.

Suspek dalam kes tersebut berjaya melarikan diri sebelum pasukan tiba, tetapi kenderaan Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan telah disita dengan nilai rampasan RM 8,231.20 termasuk 432 kilogram gula pasir kasar.

Kes ketiga juga melibatkan kejadian sama tetapi di lokasi yang berbeza pada waktu yang sama.  Suspek juga melarikan diri sebelum pasukan tiba, dengan kenderaan Proton jenis Wira Aeroback berpendaftaran tempatan disita dengan nilai rampasan RM 7,889.20 termasuk 312 kilogram gula pasir kasar.

Jumlah keseluruhan gula pasir kasar yang disita adalah 744 kilogram dengan nilai rampasan keseluruhan mencapai RM 16,120.40.

KPDN Kelantan sentiasa serta melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini bersama dengan agensi berkaitan sempadan dari masa ke semasa.

Dalam masa yang sama juga Penguat Kuasa KPDN Kelantan mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Pemantauan dan Rondaan Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di stesen-stesen minyak sekitar radius 50 km dari sempadan negara.

KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral penyelewengan barang kawalan supaya menghentikan segera serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan tegas akan diambil selanjutnya. – KPDN –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here