Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Tindakan seorang individu yang didakwa menawarkan perkhidmatan penukaran Budi95 kepada wang tunai tular di media sosial baru-baru ini, mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak wajar dan sengaja mengambil kesempatan.
Susulan penyebaran hantaran berkaitan, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) memaklumkan bakal mengambil tindakan terhadap individu terbabit berhubung perbuatan berkenaan.
“Hal ini dalam tindakan dan siasatan Bahagian Penguatkuasaan JPN,”tulisnya.
Dalam maklum balas awal di platform media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mengecam tindakan tersebut, dengan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab serta mencemarkan tujuan asal inisiatif atau kemudahan yang dipercayai terlibat.
Sebahagian pengguna turut menegaskan bahawa tindakan menukar manfaat atau kemudahan tertentu kepada wang tunai boleh menjejaskan integriti pelaksanaan program serta memberi ruang kepada penyalahgunaan.

IMedikel TV






