Home Buletin Semasa REMPUH PACUAN EMPAT RODA: LELAKI MAUT, SEORANG LAGI CEDERA

REMPUH PACUAN EMPAT RODA: LELAKI MAUT, SEORANG LAGI CEDERA

21
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Seorang remaja maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Tanah Merah-Lubok Jong, Kampung Alor Pasir, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Ellyas Zaquan Mohd Alwi, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superitendan Mohd Haki Hasbullah berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tanah Merah menerima maklumat berhubung kemalangan itu daripada Bilik Gerakan IPD Tanah Merah kira-kira jam 12.55 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang dalam perjalanan dari arah Lubok Jong menuju ke Padang Siam.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kedua-dua motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang diletakkan di bahu jalan sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Irfan Naufal Rizalmi, 18, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan serta kini menerima rawatan di hospital.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk tindakan bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, menunggang secara berhati-hati serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here