
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata, dalam lawatan tiga hari itu, Perdana Menteri dijadual menghadap Raja Arab Saudi Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz al-saud yang juga juga perdana menteri Arab Saudi.
“Pertemuan ini akan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkan isu dan kerjasama dua hala yang berkepentingan, di samping meneroka peluang kerjasama baharu bagi memperkasakan jalinan hubungan antara kedua-dua negara.” – Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.
Anwar dijangka tiba di lapangan terbang antarabangsa Raja Abdulaziz pada 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia) diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta menteri komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Ini lawatan rasmi ke negara luar Asean pertama buat Anwar dan juga lawatan pertamanya ke Arab Saudi sejak menyandang jawatan Perdana Menteri pada 24 november tahun lepas.
Sumber: BERNAMA
– Imedikel TV





