Home Segmen Kesihatan RAHANG TERSEKAT

RAHANG TERSEKAT

185
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Rahang tersekat (lockjaw) atau trismus merujuk kepada keadaan di mana seseorang kurang berupaya membuka mulut.

Menurut portal myhealth, seseorang yang mengalami rahang tersekat jenis sementara (dalam sesetengah kes, jenis kekal), tidak boleh membuka dan menutup mulut.

Dalam sesetengah kes, kejadian rahang tersekat ini amat menyakitkan dan tidak selesa. Jika dibiarkan tanpa rawatan, kejadian rahang tersekat ini boleh menjejaskan fungsi motor rahang, terutama fungsi mengunyah dan bercakap.

Sendi rahang memainkan peranan yang amat penting untuk pergerakan rahang.

Rahang tersekat (lockjaw) boleh berlaku akibat beberapa sebab antaranya:

  1. Jangkitan tetanus
  2. Dislokasi rahang
  3. Keradangan / inflamasi otot dan tisu lembut sekitar kawasan sendi juga merupakan punca utama rahang tersekat.
  4. Faktor-faktor dalaman sendi seperti ankilosis tulang (pembentukan tulang di dalam sendi), ankilosis berfiber, inflamasi sendi (arthritis), jangkitan kuman dan kecederaan (trauma) juga boleh membataskan bukaan mulut.
  5. Kesan sampingan dari sesetengah jenis ubat, terutamanya ubat-ubat penyakit psikiatri dan gangguan mental
  6. Penyebab iatrogenik seperti komplikasi dari suntikan (anesthesia setempat yang tidak sengaja disuntik ke dalam otot sendi) dan juga cabutan gigi geraham ketiga / bongsu (yang mana otot pengunyahan mungkin tercedera / terkoyak, atau sendi menjadi ‘hiperextended’)

Tanda dan Gejala

Ini termasuk:-

  • Kesukaran membuka mulut
  • Episod berkala kejadian rahang ‘tersekat’
  • Bukaan mulut menjadi semakin kecil
  • Kesukaran mengunyah dan menelan
  • Sakit pada sendi apabila rahang bergerak

Langkah-langkah Mencegah Rahang Tersekat

  1. Vaksinasi tetanus

Gejala awal tetanus adalah rahang tersekat. Vaksinasi boleh meminimakan risiko mendapat tetanus.

  • Mengelakkan kesan sampingan ubat, terutama ubat bagi penyakit psikiatrik dan masalah mental.
  • Pemeriksaan pergigian berkala bagi mencegah kejadian jangkitan kuman yang berpunca dari gigi.

Langkah-langkah Pemulihan (Rehabilitasi) Rahang Tersekat

  1. Rehabilisasi pergigian
  • Melakukan penilaian oklusi gigi akan mengurangkan trauma kepada sendi rahang
  • Rehabilisasi fisioterapi
  • Pemulihan otot-otot sendi kepada fungsi normal
  • Pemulihan pergerakan sendi rahang

Jenis-jenis rawatan yang boleh diperolehi bagi masalah rahang tersekat adalah:-

Tuaman suam

  • Bagi kes ringan ke sederhana, tuaman suam boleh mengurangkan stres dan sakit.

Pembedahan

  • Rahang tersekat berpunca dari gigi geraham bongsu terimpak boleh dihindarkan dan dirawat dengan mengeluarkan gigi tersebut
  • Rahang tersekat akibat cantuman (fusion) sendi boleh diperbetulkan secara pembedahan
  • Dislokasi rahang pula boleh dibetulkan dengan cara reduksi manual (manual reduction). Manakala kes-kes kronik mungkin memerlukan pembedahan.

Pengambilan Ubat

  • Mengambil ubat ‘muscle relaxant’ dalam dos terkawal boleh membantu mengendurkan otot yang tegang walaupun otot-otot telah lama tidak berfungsi

Ubat Anti-inflamatori

  • Rahang tersekat yang berpunca dari jangkitan kuman atau keradangan (seperti tetanus atau jangkitan dari gigi) boleh dirawat dengan antibiotik dan ubat anti-inflamatori.

Fisioterapi

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here