Oleh: Nur Athirah Azman@Imedikel TV
Masalah kedutan, parut jerawat, kesan regangan serta pori-pori terbuka pada wajah boleh diatasi dengan rawatan dermapen.
Rawatan itu dibuat menerusi suntikan yang boleh membantu mengurangkan kemunculan masalah yang terjadi pada wajah sekaligus menjadi kebimbangan pada golongan lelaki mahupun wanita.
Proses rawatan dermapen adalah menembusi lapisan permukaan kulit, ia juga mewujudkan corak luka yang sangat kecil untuk memecahkan rantaian kolagen lama dan mencetuskan proses penyembuhan untuk meratakan kemunculan kedut, parut dan bekas jerawat.
Terdapat Jarum pakai buang boleh laras yang digunakan pada dermapen untuk menampung kawasan berbeza pada kulit yang memerlukan tahap penembusan berbeza untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Ia adalah satu kaedah meremajakan kulit untuk mengembalikan penampilan kulit sihat dengan kesan sampingan yang minimum.
Antara kelebihan dermapen adalah:
1.Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan)
2.Menghilangkan parut berlubang, jeragat dan kedutan
3.Menghasilkan sel kulit baru yg lebih lembut & menghaluskan liang roma kasar atau terbuka
4.Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata
5.Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati & mencerahkan kulit
Biasanya selepas membuat proses dermapen, ianya mengambil masa selama 7 hari untuk keberkesanan proses itu.
Namun, sehari ke empat hari selepas rawatan dermapen, kulit akan menjadi kemerahan dan sensitif, sebaiknya kurangkan aktiiti yang terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama.
Pada hari kelima, biasanya kulit akan menggelupas kerana secara perlahan-lahan ia akan kulit baru akan terbentuk.
Walaubagaimanapun, kulit adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan mudah dijangkiti bakteria oleh setiap individu.
Oleh itu, dapatkan nasihat dari yang pakar atau yang bertauliah sekiranya membuat rawatan dermapen kerana adalah mustahak dan penting bagi mengelakkan isu kesihatan dan kebersihan yang tidak diingini berlaku.
IMedikel TV






