Home Segmen Kesihatan AMBIL PEMAKANAN SIHAT KETIKA HAMIL

AMBIL PEMAKANAN SIHAT KETIKA HAMIL

176
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Kehamilan adalah sangat bermakna bagi golongan wanita bermula detik menjalani ujian kehamilan sehingga disahkan doktor dirinya berbadan dua.

Setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat, bahkan juga sihat fizikal dan mental.

Oleh sebab itu, penjagaan dan pemakanan yang bagus dan sempurna perlu diambil sejak awal kehamilan bagi memastikan bayi dalam keadaan baik.

Sekiranya ibu hamil tidak mendapat penjagaan dan pemakanan yang sempurna, kemungkinan mereka akan berdepan dengan risiko bayi kurang berat badan.

Umumnya, setiap ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri
dan bayi.

Dengan itu, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat seperti:

1.Buah-buahan

2.Sayur-sayuran

3.Susu rendah lemak

4.Telur

5.Keju

6.Bijirin

Makanan yang mengandungi nutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan bukan sahaja untuk ibu, tetapi bayi yang dikandung.

Mengikut keperluan piramid makanan, pertambahan kalori ibu hamil pada trimester pertama hanya 80 sahaja iaitu bersamaan dengan sekeping roti.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengamalkan pemakanan sihat akan menikmati tahap kesihatan yang lebih baik bukan sahaja pada peringkat awal malah untuk tahun seterusnya.

Sekiranya ibu hamil inginkan kesegaran, mereka boleh menambahkan sejenis lemon, halia atau asam di dalam minuman mereka, namun sebaiknya elakkan memakan makanan yang pedas dan minuman berkafein.

Sebaik sahaja masuk trimester kedua, mereka perlu memilih makanan yang kaya protein, zat besi, omega dan DHA yang baik untuk otak kerana pertambahan kalori pada masa ini hanyalah 200 bersamaan dengan segelas susu dan enam biji badam.

Begitu juga pengambilan makanan atau minuman yang boleh memudaratkan diri dan bayi seperti minuman beralkohol atau merokok seharusnya dihentikan kerana ia mungkin boleh mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan.

JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENGELAKKAN KELETIHAN KETIKA HAMIL

1.Daging tanpa lemak

2.Sayuran

3.Kekacang dan bijian

4.Buah-buahan

5.Kurma

6.Susu dan makanan berkalsium tinggi

7.Air kosong

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here