Home Buletin Semasa ISU TULAR BAPA MARAH GURU, SEKOLAH UNTUK DISIPLINKAN PELAJAR – ORANG AWAM

ISU TULAR BAPA MARAH GURU, SEKOLAH UNTUK DISIPLINKAN PELAJAR – ORANG AWAM

175
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Insiden seorang bapa mengamuk di hadapan sekolah agama gara-gara rambut anaknya digunting tanpa keizinan ibu bapa mendapat perhatian dan kritikan daripada pelbagai pihak.

Team IMedikel TV menemuramah orang awam bagi mendapatkan reaksi mereka berhubung insiden tersebut.

Siti Safella Mohd Fauzi, 35, berkata tindakan yang diambil guru terbabit adalah betul.

“Bagi pendapat saya, tidak salah guru berkenaan bertindak sedemikian sebab sekolah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar.

“Tujuan pelajar ke sekolah adalah untuk belajar dan ikut semua peraturan sekolah. Di sekolah adalah tanggungjawab guru untuk mendisiplinkan pelajar mereka,”katanya.

Manakala Rosidah Abdul Aziz, 35, berkata setiap pelajar perlu memahami setiap peraturan sekolah yang ditetapkan oleh sekolah.

“Pelajar zaman sekarang tak macam kita masa era 80an dan 90an. Kalau dulu kita melakukan kesalahan di sekolah, guru akan bagi hukuman. Balik rumah kalau hendak mengadu kepada ibu bapa, kena fikir banyak kali. Silap haribulan dapat tambahan hukuman daripada ibu bapa.

“Jauh beza dengan budak zaman sekarang. Jadi, saya rasa guru tersebut tidak bersalah. Mungkin sebelum ini pelajar tersebut sudah ditegur,”katanya.

Di media sosial, netizen mengecam tindakan bapa pelajaar berkenaan kerana dianggap keterlaluan.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here