Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Vitamin c kebiasaannya diambil oleh orang yang kekurangan vitamin c dalam badan. Vitamin C merupakan antara jenis nutrien yang sangat penting untuk kesihatan tubuh.
Antara kegunaan suplemen vitamin C ini ialah seperti:
- Membantu mengatasi kekurangan Vitamin C dalam badan.
- Penghasilan kolagen. Seterusnya, vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri.
- Mematikan sel kanser. Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, ianya didapati bahawa vitamin C dengan ciri-ciri antioksida ini merupakan sebuah bahan dalam membantu mematikan sel kanser.
- Menghasilkan kulit yang berseri. Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ini merupakan idaman semua wanita pada masa kini.
- Membantu menghindari jangkitan kuman. Hal ini kerana vitamin C amat penting untuk membina sistem imun yang kuat lagi kebal.
Walaubagaimanapun, suplemen vitamin C mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Oleh itu, golongan yang menggunakannya haruslah berhati-hati dan menggunakannya atas nasihat dan arahan doktor sahaja.
- Kerosakan ginjal. Vitamin C berlebihan akan mengganggu fungsi ginjal dan lama kelamaan akan mengakibatkan kerosakan. Selain itu juga, suplemen vitamin C ini didapati boleh menghasilkan batu dalam ginjal dan ini boleh mendatangkan pelbagai masalah dengan saluran air kencing.
- Cirit-birit serta sakit perut. Vitamin C akan mengganggu saluran pencernaan dalam badan dan menyebabkan berlakunya irritasi yang akan membawa kepada terjadinya cirit-birit serta sakit perut.
Suplemen vitamin C mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya pengambilannya mengamalkan beberapa tabiat buruk. Antara tabiat yang harus dihentikan ialah seperti:
- Berhenti merokok
- Berhenti minum minuman beralkohol
- Cuba elakkan minum minuman yang mengandungi caffeine
- Cuba elakkan minum air kelapa
IMEDIKEL TV






