Home Buletin Semasa 200,000 TAN METRIK DAGING DIPERLUKAN, PENUHI PERMINTAAN RAKYAT DI MALAYSIA

200,000 TAN METRIK DAGING DIPERLUKAN, PENUHI PERMINTAAN RAKYAT DI MALAYSIA

140
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pengeluaran daging di Malaysia memerlukan 200,000 tan metrik bagi memenuhi keperluan rakyat selama setahun.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Malaysia, Datuk Mohd Sabu bagaimanapun Malaysia masih belum dapat memenuhi keperluan tersebut kerana masih bergantung kepada pengeluaran daging import.

“Setakat ini penghasilan lembu pedaging di Malaysia masih di bawah 20 peratus atau 47,000 metrik tan, selebihnya kebergantungan terhadap daging import.

“Kita harap pengeluaran daging daripada negara luar dapat dikurangkan walaupun penghasilan pedaging dalam negara masih jauh untuk mencapai 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan HL Agro Farm KB Sdn Bhd bersama komuniti penternak dan peladang Kelantan 2024 di Kampung Sri Kemunting, Gunong, Bachok, di sini, hari ini.

Mohamad berkata bagi mengurangkan import dan kebergantungan daging dari negara luar, kerajaan akan terus komited dalam membantu meningkatkan jumlah penternakan dan penghasilan.

“Kerjasama dengan kerajaan amat penting kerana tanah ini milik kerajaan negeri yang mana tanah-tanah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor masih mempunyai peluang untuk diusahakan.

“Kalau semua bekerjasama kita akan dapat mencapai sasaran 100 peratus dalam masa terdekat sekurang-kurangnya mampu mencapai 50 peratus pada 2030 walaupun perkara itu bukan senang untuk dilakukan.

Mohamad turut menjelaskan, terdapat bantuan peruntukan sebanyak RM20,000 seorang kepada penternak yang baru memulakan usaha untuk menternak daging.

Hadir sama, Pengarah Urusan HL Agro Farm KB Sdn Bhd, Nik Mohd Suwardy Nik Mat.

Dalam perkembangan lain, katanya bekalan daging lembu korban pada Aidiladha ini mencukupi serta jaminan harga yang tidak ketara.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here