Home Luar Negara KEBAKARAN ENJIN, PESAWAT GARUDA INDONESIA MENDARAT CEMAS

KEBAKARAN ENJIN, PESAWAT GARUDA INDONESIA MENDARAT CEMAS

140
0

JAKARTA: Pesawat Garuda Indonesia yang membawa 468 penumpang ke Arab Saudi, melakukan pendaratan cemas akibat kebakaran enjin, semalam.

Syarikat penerbangan itu berkata, penerbangan Garuda-1105 ke Madinah dengan pesawat Boeing 747-400 itu berpatah balik ke lapangan terbang asalnya di bandar Makassar pada 5.15 petang, dengan semua penumpang dilaporkan selamat.

“Keputusan itu dibuat oleh juruterbang sejurus selepas berlepas, memandangkan masalah enjin yang memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api diperhatikan di salah satu enjin,” kata Presiden Pengarah Garuda Irfan Setiaputra dalam satu kenyataan.

Irfan berkata, terdapat 450 penumpang dan 18 anak kapal dalam penerbangan itu, termasuk jemaah haji.

Kesemua penumpang dibawa ke hotel sebelum menaiki penerbangan gantian kemudian pada hari sama.

Satu rakaman yang disiarkan di media sosial, memaparkan enjin pesawat itu terbakar ketika ia berlepas.

Syarikat penerbangan itu, yang 60 peratus dimiliki oleh Indonesia, mengalami kerugian besar semasa pandemik Covid-19, menyebabkan sebahagian besar kakitangan dihalang, susulan sekatan perjalanan dan penurunan permintaan serta memberhentikan ratusan pekerja. – AFP, HMetro Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here