Home Sukan SOUTHAMPTON JUMPA LEEDS REBUT TIKET EPL

SOUTHAMPTON JUMPA LEEDS REBUT TIKET EPL

167
0

LONDON: Southampton akan berdepan Leeds United bagi memburu tempat ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas layak ke final play-off Liga Kejuaraan dengan kemenangan 3-1 ke atas West Bromwich Albion awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Russell Martin hanya selangkah lagi untuk naik semula ke divisyen utama susulan gol Will Smallbone pada babak kedua dan dua gol lewat Adam Armstrong pada separuh akhir kedua di St Mary’s.

Tandukan Cedric Kipre pada saat akhir hanya menjadi gol saguhati buat Albion.

Berusaha untuk mengakhiri pengalaman setahun tersingkir daripada EPL, Southampton menuju ke Wembley pada 26 Mei ini dalam apa yang dianggap perlawanan terkaya bola sepak dunia, memandangkan wang lumayan menanti di liga utama.

Selepas terikat tanpa jaringan di The Hawthorns Ahad lalu, Southampton berhak muncul pemenang dengan keyakinan mereka terbukti apabila mereka berakhir di tangga keempat liga, 12 mata di depan pasukan tangga kelima Albion.

Satu-satunya yang menjejaskan kejayaan Southampton apabila penyokong The Saints menyerbu masuk ke padang dan bertembung dengan peminat Albion, dengan insiden tumbuk menumbuk berlaku sebelum polis meleraikan keadaan.

“Pada babak pertama, kami bagus tetapi agak gementar. Pada babak kedua, saya fikir kami amat luar biasa. Saya rasa kami berhak mendapat apa yang sepatutnya,” kata Martin.

“Kami cemerlang malam ini tetapi semuanya menjurus kepada perlawanan terbesar. Jika kami boleh beraksi dengan tahap keberanian dan intensiti sama seperti malam ini, kami ada peluang cerah.”

Bos West Brom, Carlos Corberan pula berkata: “Kami tidak mempamerkan tahap terbaik kami. Saya mempunyai keyakinan dengan pasukan saya tetapi ia lebih mengenai kekecewaan yang kami alami selepas kekalahan ini.”

Leeds membenam Norwich 4-0 di Elland Road pada satu lagi separuh akhir kedua awal pagi semalam, dengan bos Canaries, David Wagner dipecat semalam. – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here