Home Segmen Kesihatan RAWAT MASALAH VAGINISMUS

RAWAT MASALAH VAGINISMUS

185
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Wanita tidak dapat dipisahkan dengan masalah dalaman wanita termasuk hubungan seksual.

Hubungan seks akan dialami oleh semua individu terutamanya bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Ia adalah komponen penting dalam kehidupan malah dapat memberi pengalaman yang menyenangkan dan patut dinikmati setiap individu.

Tetapi apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak dapat menikmati rasa keseronokan atau perasaan yang menyenangkan ketika melakukan hubungan intim?

Sebaliknya, hanya merasai kesakitan, kesukaran dan kepayahan untuk melakukannya. Anda mungkin akan berasa kecewa dan rasa bersalah kerana tidak dapat bersama pasangan untuk melakukan hubungan seksual seperti pasangan lain, dan mungkin yang paling serius lagi adalah anda tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Ini kerana ada dalam kalangan wanita mempunyai masalah tersebut tetapi malu untuk berkongsi atau bertanya kepada mereka yang lebih pakar.

Masalah itu disebabkan vaginismus. Apa itu vaginismus?

Vaginismus ialah ketegangan otot yang tidak terkawal yang berlaku di faraj wanita.

Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan juga pemeriksaan ginekologi.

Menurut portal Vibrance, vaginismus boleh dikategorikan samada primer atau sekunder. Vaginismus primer berlaku apabila wanita tidak pernah dapat melakukan penetrasi zakar ketika hubungan seksual kerana masalah ketegangan otot faraj yang tidak terkawal.

Manakala vaginismus sekunder ialah apabila wanita dapat melakukan penetrasi zakar ketika hubungan seksual sebelum ini tetapi tidak lagi dapat dilakukan disebabkan trauma atau faktor lain.

Kenapa masalah ini boleh berlaku? Antaranya ialah:

  1. Tekanan otot
  2. Trauma emosi
  3. Rangsangan seks
  4. Masalah usus
  5. Masalah pundi kencing
  6. Masalah kelamin

Faraj terkunci didapati lazim berlaku dalam kalangan wanita yang mempunyai masalah untuk membangkitkan nafsu sendiri. Malah, wanita yang mempunyai pengalaman pahit atau trauma tertentu juga boleh mengalami vaginismus.

Sebelum melakukan rawatan vaginismus, wanita perlulah ketepikan sebarang stigma mengenai masalah disfungsi seksual.

Antara faktor yang boleh menjadi penyumbang ialah:

  1. Trauma ketika melahirkan anak.
  2. Penyakit seperti UTI yang berulang kali, jangkitan yis (thrush), endometriosis dan sindrom kesakitan kronik.
  3. Pernah mengalami episod pahit di masa lalu seperti menjadi mangsa gangguan seksual.
  4. Pernah melalui pemeriksaan kesihatan yang menyakitkan.
  5. Takut untuk hamil.
  6. Takut untuk melakukan hubungan seks.
  7. Pernah mengalami masalah dalam perhubungan.

Malah terdapat beberapa simptom wanita yang mempunyai masalah vaginismus iaitu:

  1. Sukar untuk melakukan penetrasi vagina, sama ada melalui seks, ataupun penggunaan tampon.
  2. Rasa ketat pada kawasan Miss V.
  3. Bukaan vagina rasa pedih dan sakit.

Bagaimanapun, anda yang mempunyai masalah vaginismus boleh dirawat.

Sebenarnya,vaginismus dapat dirawat dengan mudah, namun ia memerlukan rawatan gabungan dari aspek fizikal dan psikologi.

Salah satu kaedah rawatan yang digunakan adalah desensitasi. Di sinilah proses untuk mengendalikan serta mengawal ketakutan dan kebimbangan yang dirasai oleh wanita dan dalam masa yang sama melatih otot faraj untuk merasai proses penetrasi atau kemasukan sesuatu ke dalam faraj.

Rawatan untuk ketegangan otot dan senaman kegel juga akan dilakukan bagi membantu otot-otot di sekitar faraj menjadi lebih relaks.

Pendidikan seks juga adalah salah satu rawatan penting untuk membantu anda lebih memahami tubuh badan dan seks itu sendiri.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai masalah tersebut. Rawat daripada awal untuk dapatkan kesihatan seksual yang lebih baik.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here