Home Sukan TEN HAG NAMPAK POTENSI UNITED

TEN HAG NAMPAK POTENSI UNITED

131
0

MANCHESTER, England: Ketika ia satu musim yang harus dilupakan oleh Manchester United, pengurus Erik ten Hag berkata beliau tetap dengan persepsi positif kerana melihat potensi skuad itu dan memahami alasan di sebalik kemaslahatan mereka.

Potensi United terserlah ketika menang aksi menarik Liga Perdana Inggeris 3-2 ke atas Newcastle United awal pagi tadi apabila tiga daripada pemain paling kurang pengalaman dan termuda – Kobbie Mainoo (19 tahun), Amad Diallo (21) dan Rasmus Hojlund (21) – menjaringkan gol.

“Saya lihat banyak positif, saya lihat pasukan ini berkembang, saya tahu alasan kenapa kami tidak bertindak bagus,” kata Ten Hag. “Tiada pasukan akan beraksi baik apabila keseluruhan empat pemain pertahanan tidak boleh beraksi, hampir sepanjang musim.

“Malah penyerang Rasmus Hojlund, tiga kali cedera, (Marcus) Rashford turut cedera, jadi kami berdepan masalah sepanjang musim dan ia memberi impak negatif terhadap keputusan perlawanan.

“(Tetapi) anda lihat mereka terutama pemain muda meningkat dan ia amat positif, ada potensi besar di kelab ini. Jadi ada banyak juga perkara positif musim ini tetapi saya tidak mahu menyebutnya. Anda tahu kenapa – akhirnya, kami perlu menang trofi. Dalam Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, kami tidak bertindak seperti yang diharapkan ramai daripada kami.”

Anak buah Ten Hag kekal di tangga kelapan susulan kemenangan awal pagi tadi tetapi menyamakan mata 57 dengan pasukan tangga ketujuh Newcastle dalam perebutan ke pertandingan Eropah musim depan.

Kemenangan di Old Trafford bagi aksi terakhir di laman sendiri musim ini seperti satu ganjaran buat penyokong yang mengharungi satu daripada kempen terburuk dalam sejarah kelab itu dan Ten Hag bertemu peminat yang dianggapnya “terbaik di dunia” selepas wisel penamat.

“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana kekal menyokong kami, kami berada dalam masa sukar,” katanya kepada Sky Sports. “Kami dalam proses transisi di kelab ini dan keputusan tidak seperti apa yang kami jangkakan. Kami turut mempunyai alasan, tetapi ia tetap satu musim yang mengecewakan.”

Jika anak buah Ten Hag menang pada final Piala FA menentang juara bertahan Manchester City 25 Mei ini, mereka akan beraksi dalam Liga Europa musim depan.

Bagaimanapun jika City menang, United perlu berakhir di tangga ketujuh bagi memastikan tempat dalam Liga Konferens UEFA.

Manchester United, yang tidak pernah berakhir di tangga ketujuh ke bawah dalam Liga Perdana, bertemu Brighton di laman lawan Ahad ini dan perlu mengatasi apa saja keputusan Newcastle di Brentford untuk merampas tangga ketujuh. – REUTERS,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here