Home Buletin Semasa GAJI PENJAWAT AWAM NEGERI KELANTAN AKAN DINAIKKAN SELARAS PERSEKUTUAN

GAJI PENJAWAT AWAM NEGERI KELANTAN AKAN DINAIKKAN SELARAS PERSEKUTUAN

262
0

Oleh: Nur Athirah Azman&Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyelaras kenaikan gaji penjawat awam seiring dengan Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

“Kita akan ikut kerajaan persekutuan, kita akan selaras,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kumpulan Pertubuhan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) 2024, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lebih 13 peratus gaji penjawat awam akan dinaikkan bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

Hadir sama Bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Ahli Lembaga Pengarah PKINK dan beberapa agensi lain.

Dalam pada itu, Mohd Nassuruddin turut menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Ikon Usahawan PKINK dan sumbangan kebajikan kepada asnaf serta anak yatim.

Selain itu, PKINK telah menyalurkan sumbangan sebanyak tiga katil bagi setiap 35 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi keseluruhan
105 katil bagi Program Wakaf Katil Hospital 2024 kepada Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC).

Penghantaran katil secara berperingkat telah bermula pada hujung Mac lalu dan akan selesai pada pertengahan
Jun 2024.

Sehingga kini, 13 DUN telah menerima katil hospital tersebut.

Terdahulu, hampir 10,000 tetamu hadir pada majlis berkenaan.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here