Home Sukan GOL ADEBAYO SELAMATKAN LUTON

GOL ADEBAYO SELAMATKAN LUTON

150
0

LUTON, England: Elijah Adebayo mengekalkan Luton dalam usaha mengelak penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dia menjaringkan gol penyamaan ketika seri 1-1 dengan Everton awal pagi tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pasukan kendalian Rob Edwards ketinggalan menerusi sepakan penalti Dominic Calvert-Lewin pada minit ke-24 namun Adebayo menyumbat gol penyamaan penting tujuh minit kemudian di Kenilworth Road.

Di sebalik hanya meraih satu kemenangan dalam 15 perlawanan terakhir liga, pasukan ketiga tercorot Luton masih dalam landasan untuk mengelak diri daripada turun divisyen.

Mereka ketinggalan di belakang pasukan tangga keempat tercorot Nottingham Forest menerusi perbezaan jaringan dengan pasukan Nuno Espirito Santo berdepan Sheffield United, pasukan yang sudah pasti turun divisyen malam ini.

Kemenangan Forest di Bramall Lane akan meletakkan mereka tiga mata di depan Luton, yang mempunyai baki dua perlawanan menentang West Ham dan Fulham untuk mengelak turun semula ke Liga Kejuaraan sesudah baru saja naik musim lalu.

“Kami masih mampu berjuang katika ini. Saya bangga dengan persembahan pemain tetapi ia pasti besar jika menang malam ini. Hampir menang tetapi kami banyak kali menghadapinya tahun ini,” kata Edwards.

Usaha Luton untuk kekal di liga utama lebih dirumitkan dengan keputusan rayuan Forest terhadap pemotongan empat mata mereka susulan pelanggaran peraturan kewangan, dengan pengumuman oleh Liga Perdana dijangka dilakukan sebelum musim ini berakhir.

“Perjalanan masih panjang dan ia terpulang kepada mereka (Forest) esok. Ada satu situasi yang di luar kawalan kami dan ia tidak bagus,” kata Edwards merujuk kepada rayuan Forest.

“Saya tidak begitu memahaminya. Setiap orang hanya ingin tahu kedudukan mereka. Saya fikir kita semua seperti itu.”

Walaupun kehilangan lapan mata sebagai hukuman kerana melanggar peraturan kewangan, Everton sudah mengesahkan status mereka dalam EPL musim depan dengan berbaki tiga perlawanan. – AFP-BH ONLINE

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here