Home Sukan TFC PINCANG TANPA AKHYAR

TFC PINCANG TANPA AKHYAR

281
0

KUALA TERENGGANU: Ketiadaan pemain sayap lincah, Akhyar Rashid nyata menjejaskan persembahan Terengganu FC (TFC) ketika berdepan pasukan jiran, Kelantan Darul Naim (KDN FC), sebentar tadi.

Memetik laporan menerusi berita harian,Pada aksi pra-musim dan ujian video bantuan pengadil (VAR) yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner terikat 0-0 dengan pasukan KDN FC.

Terdahulu Akhyar terpaksa direhatkan selepas cedera di kepala dan kaki akibat disamun berdekatan kondominium kediamannya dekat sini malam tadi.

Berikutan kejadian itu, tonggak Harimau Malaya berkenaa menerima empat jahitan di kepala dan dua di bahagian kaki selain kerugian lebih RM4,800.

Pada perlawanan persahabatan terakhir bagi kedua-dua pasukan itu, tiada pemain yang menjadi ‘mangsa’ VAR yang dikendali pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir.

Pada perlawanan itu, aksi kedua-dua pasukan lebih banyak bertahan dengan hanya beberapa kali melakukan percubaan tepat.

Peluang terbaik TFC menerusi percubaan leret Ismaheel Akinade seawal minit ke-10, dengan pelawat menyaksikan tandukan pemainnya, Michael Jerabek terkena tiang pada minit ke-14.

Skuad Penyu kemudian terus memiliki peluang keemasan, namun percubaan menerusi pemain tengah, Manuel Ott pada minit ke-18 dan ke-19 dinafikan tiang gol.-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here