Home Buletin Semasa LTSIP NAIK TARAF LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA -ANWAR

LTSIP NAIK TARAF LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA -ANWAR

183
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menambah 400meter keluasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa bagi menaiktaraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Katanya ia akan memberi kemudahan kepada rakyat negeri ini untuk menunaikan haji dan umrah langsung dari LTSP.


“Saya ingat Menteri Besar nak ucap terima kasih. Lepas tu beliau kata boleh tambah lagi tak. Beliau bak tambah lagi 400meter supaya lapangan terbang Kelantan boleh jadi lapangan terbang antarabangsa.


“Saya setuju dan cuba laksanakan secepat mungkin. Dan saya sudah beritahu MAS supaya sebaik siap lapangan terbang itu maka perjalanan umrah dan haji dari Kelantan boleh bergerak langsung dari Kota Bharu ke Jeddah atau Madinah,” katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Tambahnya kerajaan Madani akan sentiasa mendengar permasalahan yang diutarakan dan akan melaksanakan amanah tersebut dengan sebaiknya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here