Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian Laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara.

Menurut kenyataan media, perkara utama yang disentuh dalam laporan Bank Dunia seperti kualiti dan akses pendidikan prasekolah, kecekapan murid serta pembangunan profesionalisme guru sememangnya berada dalam perhatian KPM.
KPM kini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Ini termasuk pengstrukturan semula sistem prasekolah, Kurikulum Persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.
Kelas prasekolah akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan KPM. Peluasan kelas prasekolah memastikan isu keciciran murid dapat ditangani dari peringkat awal.

Tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru. Pelbagai program ditawarkan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam perkhidmatan.
Terkini, KPM memperkenalkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru.
KPM juga komited bagi memastikan hasrat untuk mereformasikan pendidikan negara berjaya. Ia adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak. – KPM –
Imedikel TV






