Home Sukan MONACO TEWAS DI LYON PSG SAH JUARA LIGUE 1

MONACO TEWAS DI LYON PSG SAH JUARA LIGUE 1

169
0

PARIS: Paris Saint-Germain disahkan sebagai juara Ligue 1 selepas pencabar terdekat, Monaco tewas 3-2 di Lyon.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kekalahan Monaco menobatkan PSG sebagai juara dengan kelebihan 12 mata di puncak liga yang hanya berbaki tiga perlawanan.

PSG kini melebarkan rekod kejuaraan liga Perancis dalam koleksi mereka kepada 12 gelaran.

PSG sepatutnya mengesahkan kejuaraan lebih awal dan meraikannya di laman sendiri jika berjaya menewaskan Le Havre, tetapi dikejutkan dengan gol penyamaan minit ke-95 untuk keputusan seri 3-3.

Bagaimanapun selepas perlawanan itu pengendalinya, Luis Enrique menegaskan yang pasukanya sudah memenangi liga kerana mempunyai kelebihan 12 mata dan kelebihan perbezaan jaringan ke atas Monaco yang hanya mampu menyamai kutipan mata jika menang kesemua perlawanan.

PSG kini boleh memberi tumpuan penuh kepada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Borussia Dortmund di Jerman, Rabu ini.

Pemain-pemain Lyon meraikan kemenangan ke atas Monaco dalam aksi Ligue 1 di Stadium Groupama, Decines-Charpieu. – Foto AFP

Monaco mendahului permainan seawal minit pertama menerusi Wissam Ben Yedder, tetapi Alexandre Lacazette menyamakan kedudukan dan Said Benrahma meletakkan Lyon di depan pada minit ke-60.

Ben Yedder sekali lagi menemui sasaran untuk mengikat kedudukan 2-2, tetapi pemain gantian, Malick Fofana memastikan kemenangan buat Lyon.

PSG memenangi 10 daripada 12 gelaran mereka sepanjang 12 musim lalu, rekod yang membuktikan kehadiran pemilik dari Qatar pada tahun 2011 mengubah nasib mereka dan bola sepak Perancis.

PSG juga berharap dapat menyingkirkan Dortmund di peringkat separuh akhir untuk mara ke final Liga Juara-Juara buat pertama kali. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here