Home Sukan BARCELONA MUNGKIN GESA AKSI ULANGAN DENGAN REAL

BARCELONA MUNGKIN GESA AKSI ULANGAN DENGAN REAL

BARCELONA, Sepanyol: Barcelona mungkin meminta perlawanan ulangan penuh kekalahan 3-2 La Liga di Real Madrid kelmarin jika gol Lamine Yamal pada minit ke-28, yang tidak disahkan selepas semakan VAR, disahkan sebagai gol, kata presiden kelab itu Joan Laporta.

Kelab itu akan meminta semua rakaman dan audio insiden itu daripada Persekutuan Bolasepak Sepanyol, kata Laporta awal pagi tadi.

Perlawanan itu tertangguh selama beberapa minit apabila VAR cuba mengenal pasti sama ada percubaan Yamal melepasi garisan gol tetapi ia tidak mendapat sudut kamera yang jelas dan keputusan tidak membenarkan gol itu kekal.

“Jika… kelab dimaklumkan satu kesilapan dalam semakan semula insiden itu, kami akan mengambil apa sahaja langkah yang boleh untuk mengubah keputusan itu, tanpa menolak sebarang tindakan undang-undang yang perlu,” kata Laporta.

“Jika disahkan ia adalah satu gol sah, kami akan bertindak dan tidak menolak kemungkinan meminta perlawanan itu dijalankan semula, seperti apa yang berlaku dalam satu perlawanan di Eropah berikutan kesilapan VAR.”

Satu perlawanan Liga Pro Belgium antara Anderlecht dan Genk, pada awalnya dilangsungkan Disember lalu, dijadual untuk diulang semula secara penuh susulan kesilapan VAR, selepas Majlis Disiplin bagi Bolasepak Profesional (DCPF) menerima rayuan Genk.

Laporta berkata, beliau tidak berpuas hati dengan “penggunaan VAR yang tidak wajar”, menambah alat itu mencetus “kekeliruan dengan kriteria yang bercanggah mengikut perlawanan dan pasukan.”

“Kami faham kesukaran dialami pegawai, tetapi kerana alasan itu alat sebegini wujud (seperti VAR) yang sepatutnya membantu pertandingan ini lebih adil dan bukan sebaliknya,” katanya.

Barcelona, dengan 70 mata selepas 32 perlawanan, ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Real Madrid. – REUTERS,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here