Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikelTV
Kehilangan gigi kepada seseorang boleh mengurangkan rasa keyakinan kepada diri sendiri.
Malah ada individu mengelak berjumpa orang ramai kerana malu kerana kehilangan gigi khususnya gigi di bahagian hadapan.
Alternatif lain bagi menggantikan gigi selain memakai gigi palsu adalah dengan implant gigi.
Teknologi itu membawa perubahan besar dalam bidang pergigian estetika apabila kehilangan gigi bukan lagi igauan ngeri dengan kaedah implan untuk gigi yang sihat dan kelihatan lebih semula jadi.
Implan gigi adalah prosedur penanaman akar gigi buatan yang berbentuk seperti baut pada rahang.
Prosedur ini dilakukan untuk menopang mahkota gigi buatan (crown gigi). Implan gigi umumnya terbuat dari logam khusus, seperti titanium.
Penanaman implan dilakukan untuk mengganti gigi yang hilang atau rosak.
Tujuan penggantian gigi dengan prosedur tersebut adalah untuk mengembalikan fungsi gigi atau memperbaiki penampilan diri seseorang.
Anda mungkin memerlukan prosedur tersebut jika anda kehilangan gigi:
• Gigi berlubang (kerosakan gigi).
• Fraktur akar gigi.
• Bruxism (tabiat mengetap atau menggesel gigi ).
• Penyakit gusi.
• Cedera wajah.
• Gigi yang hilang secara bawaan (lahir tanpa gigi tertentu).
Manfaat Implan Gigi:
• Penampilan yang lebih baik
• Lebih berkeyakinan
• Meningkatkan kesihatan mulut
• Lebih mudah makan
• Lebih selesa
• Kemampuan berbicara dengan baik
IMedikel TV






