Home Sukan JAE HONG KENDALI KELANTAN DARUL NAIM

JAE HONG KENDALI KELANTAN DARUL NAIM

277
0

KOTA BHARU: DNA Korea Selatan terus menjadi pilihan Kelantan Darul Naim (KDN) apabila mengumumkan Park Jae Hong sebagai ketua jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Super 2024-2025.

Memetik laporan menerusi berita harian,Pengumuman itu dibuat sempena majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain KDN musim ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV,di sini petang semalam.

Ketibaan Park Jae Hong pada majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu petang semalam. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Jae Hong, 46,seorang jurulatih berpengalaman selain bekas pemain kebangsaan Korea Selatan.

Presiden KDN, Rozi Muhamad berkata, Jae Hong sebenarnya sudah menerima lamaran mengemudi skuad Kijang Emas sejak Februari lalu.

Namun, katanya atas beberapa sebab tertentu, pihaknya terpaksa menunda pengumuman jawatan Jae Hong hingga ke hari ini.

“Sebenarnya beliau mahu datang ke Kota Bharu sebelum Syawal lagi tetapi baru tiba tiga hari lalu.

“Jadi kami umumkan kehadiran beliau hari ini,” katanya kepada wartawan pada sidang media selepas majlis itu petang tadi.

Terdahulu, KDN turut menyambar empat import ‘Oppa’ iaitu Ri Gwan Kim (20 tahun), Ahoe Koo (22 tahun), Bae Kyeong Hwan (22 tahun) dan Jung Byung Ju (21 tahun).-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here