Home Segmen Kesihatan TIDUR KETIKA RAMBUT BASAH PUNCA LUMPUH SARAF MUKA

TIDUR KETIKA RAMBUT BASAH PUNCA LUMPUH SARAF MUKA

244
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Masih ramai individu yang tidur dalam keadaan rambut basah tanpa menyedari dan mengetahui kesannya.

Terkadang ia dianggap perkara yang normal kerana segelintir individu yang gemar mandi pada waktu malam sebelum tidur.

Malah untuk menunggunya kering adalah sesuatu yang menyusahkan kerana mengambil masa yang lama sekiranya tidak menggunakan alat pengering rambut.

Persoalannya, apakah kesan tidur ketika rambut basah yang diperkatakan itu?

Salah satunya adalah:

  • Sakit lumpuh saraf muka

Sekiranya anda merupakan salah seorang yang suka tidur dalam keadaan rambut basah, lebih baik elakkan kerana ia boleh menyebabkan saraf muka dan muka tidak dapat bergerak dan mulut menjadi sedikit bengkok. Pastikan rambut kering dahulu sebelum tidur.

  • Tumbuh jerawat di muka

Apabila rambut anda bersentuhan dengan bantal, ia boleh menimbulkan jangkitan bakteria di muka seperti jerawat.

  • Rambut gugur

Ramai yang mengalami keguguran rambut tetapi ramai yang tidak tahu salah satu punca adalah tidur ketika rambut basah. Dan ia terjadi kerana terdapat kurap di kulit kepala disebabkan oleh jangkitan kulat di mana kulit kepala anda dalam keadaan lembap dan panas.

  • Jangkitan kulat

Jangkitan kulat juga mudah berlaku ketika rambut basah. Ini kerana jangkitan kulat di kulit kepala seperti Malassezia boleh menyebabkan masalah kelemumur atau dermatitis.

  • Rambut rosak

Ketika rambut sedang basah, liang rambut sedang terbuka dan sekiranya anda baring semasa rambut sedang basah, ia akan merosakkan rambut. Ini kerana akarnya mudah terputus. Begitu juga ketika menyikat rambut. Oleh sebab itu, jangan biarkan ia menjadi satu tabiat dalam diri anda. Mungkin jika sekali dua ia tidak menampakkan kesan lagi, tetapi memberi kesan pada jangka masa panjang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here